Kongsi Cerita Otomen Nikmati #SiakapPadu Bersama HaiBlogger! Di Restoran Emak Engku

Leave a comment

16/06/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan rakan-rakan blogger sekalian.

Restoran Emak Engku, Restoran Masakan Thailand yang terletak di Taman Cheras Indah

Alhamdulillah… tahun ini Otomen rasa sangat bersyukur kerana mendapat banyak  jemputan berbuka puasa dari rakan-rakan blogger. Pada 08 Jun 2017 lalu, otomen diberi kesempatan untuk hadiri satu majlis berbuka puasa bersama Hai Blogger! di Restoran Emak Engku, Taman Cheras Indah.

Dikatakan pada tahun ini merupakan tahun yang ke-4 Hai Blogger! menganjurkan dan mengumpulkan serta meraikan rakan-rakan blogger berbuka puasa bersama-sama. Hai Blogger! adalah sebuah komuniti blogger yang aktif di Malaysia di mana rakan-rakan blogger berkongsi minat yang sama dalam bidang penulisan mengenai perihal peribadi, kecantikan, kesihatan, pelancongan, gadget dan lain-lain. Kesemua ini dikumpulkan dalam satu platform iaitu blog dan social media.

Pengasas Hai Blogger!, Halim Brothers

Pengasas kepada Hai Blogger!, En. halim Nadzeri atau lebih dikenali Halim Brothers berbesar hati menjemput rakan-rakan blogger dan pihak media untuk memeriahkan lagi Majlis Iftar HaiBlogger 2017 kali ini. Turut diundang juga artis jemputan di bawah naungan Azlan Typewriter iaitu Ainz Mentor, Jojo, Zetty Rashid dan Aliff Reza. Menambah lagi, turut menerima jemputan aura orang-orang hebat dan jutawan dalam bidang perniagaan dan influencer social media.

Pengasas Generasi ke-3 Restoran Emak Engku

Dengan kerjasama murni dari pihak Restoran Emak Engku yang sangat terkenal dengan tagline #siakappadu ini, Majlis Iftar Hai Blogger 2017 menjadi sangat meriah dan seronok. Tagline #siakappadu yang merupakan Set Menu Siakap Stim Limau ini telah diviralkan oleh netizen di social media sehingga membawakan Restoran Emak Engku ke persada tanah air.

Sebelum terlupa, tidak lengkap kiranya satu di antara pihak penganjur ini tidak diperkatakan. Faridism Production, rakan strategik fotografi dan video Hai Blogger! turut hadir sama memeriahkan majlis dan merakam semua gambar-gambar sekitar majlis untuk dibuat kenangan. Faridism Production mempunyai puluhan Photographer, Videographer dan Editor. Mereka sangat pakar dalam penghasilan video-video event, perkahwinan, commercial, filem pendek dan banyak lagi bidang kreatif yang lain.

Ada lagi penaja-penaja hebat Majlis Iftar Hai Blogger! 2017 ni. Antaranya ialah Cookies Most Wanted, Olicandy, VS Lip Glow dan juga rakan design Bigads. Wahhh…. hebat-hebat kan mereka semua ni. Yang pasti, otomen nak cakap mereka semua ini di kalangan muda-mudi yang sudah berjaya. memang otomen tabik spring lah dengan kejayaan yang mereka tempuh. Inshaa Allah di suatu hari nanti, otomen juga akan turut jejak mereka. Aaminn..

Siakap Stim Limau, #siakappadu yang memang sangat sedap bila otomen dah nikmatinya…

Tomyam campur

Siakap masak 3 Rasa

Sayur Kailan Goreng Ikan Masin

Daging Masak Merah

Kerabu Mangga

Untuk kali ini, kami semua dihidangkan dengan Set Super Saver dari Restoran Emak Engku yang menyajikan Siakap Stim Limau, Siakap 3 Rasa, Daging Masak Merah, Kailan Goreng Ikan Masin, Tomyam Campur, Nasi Putih dan Air Sirap Selasih. Turut ditambah ke dalam menu hidangan berbuka puasa kami adalah Kerabu Mangga dan Kerabu Perut. Perggghhhh…. Memang otomen tak dapat bayangkan keenakannya yang sangat luar biasa ni.

Untuk bulan Ramadan tahun ni, Restoran Emak Engku telah menyediakan Pakej Iftar Istimewa di Restoran Emak Engku yang bermula dari RM65.50 untuk dimakan 2-3 orang. Makanan Murah, berbaloi pulak tu. Untuk Surau nak solat pun sangatlah dekat serta parking kereta juga mudah didapati.

Norman Danish atau lebih dekenali ND yang popular dengan #MisiViral, seorang influencer social media yang sangat berpengaruh membantu sesiapa sahaja untuk mempromosi produk perniagaan

Juga jutawan online yang mana kalau tak silap otomen berniaga gadget di Instagram dengan catatan 600K ribu follower dalam masa 4 bulan..

Tidak terhenti di sini, selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami dimeriahkan lagi dengan sesi suai kenal antara jutawan-jutawan dan influencer social media yang hebat sebagai rakan kongsi untuk berkongsi bersama apa sahaja maklumat di media sosial.

Tidak lengkap kiranya lagi artis-artis jemputan kita tidak membuat persembahan. Malam itu, otomen dapat saksikan sendiri secara LIVE nyanyian dari Zetty Rashid, Aliff Rezza dan Farez Adnan AF2014 yang juga merupakan DJ pada malam itu.

Tak lengkap rasanya kalau trademark Otomen Taro tiada malam itu. Mangsa dari artis jemputan pada malam itu adalah Zetty Rashid.. Hehehehe

Di akhir kisah ini, otomen ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Halim Brothers dan Hai Blogger! kerana telah menjemput otomen makan dengan penuh selera dengan hidangan yang sangat sedap sekali hari itu.

Geng Hai Blogger! yang hadir ke Majlis Iftar di Restoran Emak Engku

Sekiranya korang ingin mencuba, berikut ialah maklumat lengkap Restoran Mak Engku:-

Facebook   : Restoran Emak Engku & Western Special
Alamat       : NO 15 JALAN INDAH 26 TAMAN CHERAS INDAH 56100
Waze         : RESTORAN EMAK ENGKU
No Hp        :  017-2254215

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: