Menerokai Pameran Fotografi Islamik “Al-Jamal: The Beauty of Islam in Malaysia”

Malaysia mempunyai lebih beratus pakar fotografi yang mampu menghasilkan karya gambar yang sangat cantik dan unik di setiap pameran yang dianjurkan. Melalui akses yang semakin mudah masa kini iaitu media sosial yang semakin berleluasa, menjadikan ahli fotografi lebih berkualiti dan mudah untuk mempamerkan karyanya secara percuma di media online. Dan telah banyak juga institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang fotografi kepada pelajar yang meminatinya.

Seni fotografi memainkan peranan penting masa kini untuk memberi reaksi menarik dan maklumat penting kepada tontonan umum dalam setiap gambar-gambar yang diambilnya.

Pada pagi Khamis 15 Jun 2017, Otomen diberi peluang untuk bersama dalam satu Perasmian Pameran Fotografi Islamik yang bertajuk Al-Jamal: A Photo Showcase of “The Beauty of Islam in Malaysia” di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Pameran ini akan berlangsung dari 5 hingga 30 Jun di Galeri Seni, Pusat Pelancongan Malaysia.

Fotografi Islamik “Al-Jamal: The Beauty of Islam in Malaysia”

Pengarah Matic, Zain Azrai Rashid berkata, pameran ini merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan kerjasama di antara MaTiC, Street2Street Malaysia, Institut Profesional Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, “Faculty of Art & Design” UiTM dan Universiti Selangor (UNISEL).

Perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Menurut Pengurus Projek Street to Street, Agoes Alwi, pameran ini dianjurkan bertujuan mempamerkan keindahan agama Islam termasuk budaya-budaya Islam yang selama ini diamalkan di dalam Malaysia. Ini juga menurut beliau merupakan salah satu daripada dakwah kecil untuk mempamerkan nilai Islam itu sendiri dengan keindahan dan kerendahan hatinya.

Dalam fotografi Islamik ini juga ada menunjukkan bagaiman seseorang Islam itu melayan tetamu yang bukan seagama dengannya sehingga membawa kepada bagaiman kita menyambut kelahiran, meredhakan kematian, majlis pernikahan dan sebagainya. katanya lagi pada sidang media pada hari itu.

60 KARYA FOTOGRAFI

Agoes berkata lagi terdapat lebih 60 karya fotografi dengan tema Al-Jamal yang membawa maksud kepada keindahan dan kecantikan serta mengetengahkan nilai-nilai Tasawuf (kesederhanaan), tawazun (keseimbangan), tasamuh (toleransi) dan tawaduk (rendah diri).

Gambar atau foto-foto tersebut telah diambil sekitar yang berada di Malaysia oleh ahli-ahli fotografi untuk menunjukkan kecantikan nilai Islam. Ada juga di antara gambar yang diambil mungkin gambar kanak-kanak Rohingya di sekolah-sekolah Rohingya di Malaysia yang mana ia menunjukkan bagaimana sikap keterbukaan dan prihatin rakyat Malaysia terhadap sesama Islam tanpa mengenal batas bangsa dan negara.

Bagi yang ingin berkunjung untuk melihat hasil seni karya fotografi yang ada di situ, bolehlah datang ke Galeri Seni, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur dari 5 Jun sehingga 30 Jun 2017 ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi seperti di bawah:-

Website: http://www.matic.gov.my/

Facebook: http://www.facebook.com/PPMMaTiC/

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s