Merai Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Di Black Box@SACC Mall

RAMADHAN FEST MERAI 40 ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DI BLACK BOX @SACC MALL

Merai 40 Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Black Box, SACC Mall

Aidilfitri disambut dengan begitu meriah oleh seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di dunia. Suasana di pusat membeli belah juga berpusu-pusu dengan kehadiran orng ramai untuk membeli kelengkapan persiapan menjelang raya. Tidak kurang hebatnya di Jameela Street. Satu Majlis Berbuka Puasa Bersama 40 Orang Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Black Box, SACC Mall telah diadakan pada 21 Jun 2017 lalu dengan kehadiran anak-anak yatim dari Sekolah Ibn Khaldun.

Program Ramadhan Fest yang cukup meriah dan sederhana yang menempatkan bazar-bazar jualan yang melibatkan peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani, ia adalah salah satu aktiviti di bulan Ramadhan dan semangat untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Pada hari itu juga turut disertakan perasmian dan penutupan Jameela Street by Jedan yang disempurnakan oleh Fakru Radzi selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenalkan ruang acara SACC Mall iaitu Black Box. Black Box diwujudkan untuk memberi ruang sewa pelbagai acara dan juga memberikan penggiat seni menonjolkan bakat mereka.

Ustaz Muhamad Riduan bin Zainal Abidin

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari salah seorang anak yatim Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Dan seterusnya dipanjangkan lagi kepada tazkirah pendek melalui Ustaz Muhamad Riduan bin Zainal Abidin.

Barisan Orang Kuat PREC

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Sekolah Rendah Ibn Khaldun. Seronok otomen dapat lihat yang senang dan kaya membantu golongan yang memerlukan. Ini baru kehidupan harmoni. Tidak dilupakan yang kurang dan tidak bazirkan apa yang kita perolehi ke jalan tidak benar. Sentiasa bersyukur dengan pemberian rahmat Allah.

Sebelum berbuka puasa, kami dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dari kumpulan anak-anak yatim ini. Suara yang cukup merdu dan mantap. Sungguh mempesonakan!

Turut dimeriahkan juga barisan artis-artis tanah air seperti Zaiton Sameon, Siti Fairus, Nas Kilauan Emas, Sarah Ignore, Hafiz Hakim, Syafiq Ikhwan dan ramai lagi yang telah menyumbangkan beberapa buah lagu untuk meraikan keceriaan dan keseronokan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal Sekolah Rendah Ibn Khaldun.

Begitu mendalam cintanya trademark otomen ini dan sekali lagi telah diperluaskan di Black Box, SACC Mall bersama artis-artis tempatan. Terima kasih sangat-sangat otomen ucapkan di atas kesudian anda semua dalam penglibatan memartabatkan trademark di blog otomen taro ini. Hehehe Sebelum mengakhiri ucapan, Otomen ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. SEMOGA DI LEBARAN INI MENJADIKAN HUBUNGAN KITA LEBIH ERAT WALAUPUN HANYA DI MEDIA SOSIAL LAMAN BLOG OTOMEN TARO INI. (^_^)

Advertisements

One thought on “Merai Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Di Black Box@SACC Mall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s