Program Amal Ole-Ole Raya dan Pelancaran Album Ria Aidilfitri

Assalamualaikum dan Selamat Pagi diucapkan kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Semoga di Pagi Jumaat yang indah ini, kita semua dilimpahi rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Program Amal Ole-Ole Raya Terbitan RTM

Pada 15 Jun 2017 yang lalu, otomen telah diberi kesempatan dalam meraikan satu program amal Ole-Ole Raya dan Pelancaran Album Istimewa “RIA AIDILFITRI” Noraniza Idris di PICC, Putrajaya.

Seperti yang kita maklum, di bulan Ramadhan memang banyak lah sumbangan Hari Raya yang dibuat oleh badan-badan kebajikan tidak kira dari Kerajaan mahupun NGO. Otomen rasa gembira bila dapat tahu akan keprihatinan setiap masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

Sambutan majlis “Ole-Ole Raya” yang sangat meriah dan memberikan semangat kepada anak-anak yatim yang hadir. Anak-anak yatim dijamu makanan yang sedap-sedap dan beraneka jenis serta diberi sumbangan berupa barangan keperluan harian di dalam beg goodies dan juga duit raya. Waahhhh….seronoknya mereka! Dapat duit raya…Hehehe Pelancaran Album Raya Istimewa “Ria Aidilfitri” Noraniza Idris

Di kesempatan itu juga, satu majlis pelancaran Album Raya “Ria Aidilfitri” oleh Noraniza Idris turut dijayakan pada malam itu.

Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPVSB) adalah sebuah syarikat milik Noraniza Idris dan kini telah menerbitkan album hari raya istimewa yang berjudul “Ria Aidilfitri“. Album ini sebenarnya sudah pun dilancarkan secara digital bermula pada 20 Jun 2017 yang lalu. Dan pada hari itu dirasmikan secara rasmi buat pertama kalinya. Turut disediakan juga CD secara terhad buat para peminat mendapatkannya. Hasil daripada penjualan CD tersebut akan disalurkan kepada tabung-tabung amal yang disediakan.

Album Raya “Ria Aidilfitri” ini menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dengan nyanyian Noraniza Idris secara ekslusif bersama artis-artis baharu yang ingin meningkat naik seperti Ihab Ismail, Fee Haiwal, Fadzlee Sufri dan Azmir Arif yang mana setiap liriknya ditulis oleh seorang penulis lirik kreatif, Ahmad Fedtri Yahya yang juga artis di bawah naungan NIPVSB.

Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu – lagu mengikut keratan cakera padat adalah seperti berikut :

  1.         Akar Kita Zapin Aidilfitri 4.22

(Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, L’zzay)

  1. Rewang Raya 3.17

(Noraniza Idris & Mimi Fly)

  1. Kalimah Lebaran 4.49

(Noraniza Idris , Azmir Arif, Razis Ismail)

  1. Kasih Ibu / Seri Mersing

(Noraniza Idris)

  1. Linangan Syawal 3.21

(Noraniza Idris, Fadzlee Sufri)

  1. Nostalgia Aidilfitri 5.49

(Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Ihab Ismail , Azmir Arif)

  1. Niatku 4.00

(Fee Haiqal, Ihab Ismail, Dalili Amerda)

  1. Aidilfitri Jadi Saksi 2.50

(L’zzay, Fee HAiqal)

  1. Ahlan Wasahlan Ya Syawal 4.32

(Royce Sa’ayan, Noraniza Idris, Ihab Ismail)

  1. Titian Hidup 4.39

(Ihab Ismail)

  1. Angin Cinta Di Aidilfitri 3.51

Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa’ayan, Azmir Arif)

  1. Ria Aidilfitri 4.43

(Semua artis & NIPVMania)

Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa “Ria Aidilfitri” Noraniza Idris yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) ini merupakan aktiviti bersama masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.

Justeru info lanjut mengenai Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa “Ria Aidilfitri” Noraniza Idris ini boleh diikuti melalui siaran  Selamat Pagi Malaysia pada 24 Jun 2017, jam 10.30 malam di TV1, RTM, Selamat Pagi Malaysia Khas Raya yang dijangka akan memuatkan slot-slot rakaman ini pada Hari Raya Ketiga seawal jam 7.00 hingga 9.00 pagi atau layari https://www.rtm.gov.my/.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s