HA Bunde – Koleksi Kasut Berjenama Antarabangsa

Leave a comment

10/07/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian.

Okay…hari ni otomen takde keje sangat. Jadinya otomen nak bawak korang semua ke satu tempat best di Port Dickson.

Nak dijadikan cerita, otomen balik kampung isteri, LeYa di Port Dickson sempena Aidilfitri hari tuh. Then, malam Raya tuh, sepupu LeYa ajak lah kami cari port kasut murah-murah untuk dipakai. So…. jalan punya jalan, kami pun terjumpa satu kedai bundle yang agak mewah dan berkualiti barangannya.

“Biar layan bundle murah-murah tapi berkualiti, janji boleh nampak hensem dan bergaya! Hahahaha..”

Hensem dan bergaya, cantik dan tertarik… Tak salah layan bundle, kalau korang pandai mix & match, confirm korang akan nampak lain dari orang lain tau!Terkadang ada jugak lah yang “kureng” dengan bundle ni kan. tapi tak semua yang agak “bajet” ni tak layan bundle. Ade je yang layan. So, semuanya terpulang lah kan kepada masing-masing sama ada nak layan bundle atau butik. Bagi otomen, takde hal. Dedua otomen layan. Janji penampilan aku hensem bergaya dengan koleksi yang ada. Hahahaha

Okay… Kedai bundle ni bukan sebarang bundle taw. Actually, bundle baiiikkkkk punyeeerrrr! Hehehe… Bundle yang otomen nak bagi info kali ini adalah HA BUNDLE. Boleh dikatakan Bundle ni menjalankan perniagaan menjual koleksi-koleksi kasut berjenama tempatan dan antarabangsa yang sangat cantik dan masih kelihatan baru.

Masuk je dalam bundle ni, otomen memang terus tertarik dengan koleksi kasut Converse yang memang lah favourite otomen. Perrgghhh… otomen nak cakap kat korang memang berbaloi lah kalau korang singgah ke HA Bundle ni. Boleh dikatakan koleksi kasut di sini berjenama antarabangsa, limited edition dan masih baru. So… apa lagi! Otomen cuba grab 2 pasang kasut Converse jenama antarabangsa yang berharga RM120 sepasang. Tapi otomen dapat diskaun dengan harga RM70 sepasang. Best kan!

Di sini, terdapat juga pilihan baju, topi, kemeja, seluar panjang, seluar pendek, dress, skirt dan pelbagai lagi. Untuk makluman korang juga, mereka juga sangat dikenali dengan pilihan kasut yang berimej vintage dan retro. So, memang RARE! kan. Kepada korang yang memang gemar mengumpul koleksi kasut band-band top dan famous, korang boleh lah merajinkan diri untuk singgah di HA BUNDLE ini. Pelbagai pilihan kasut khususnya band-band top dari seluruh dunia seperti Converse, Adidas, Nike, Dr Martens,  Timberland, Reebok, Fila dan banyak lagi ada dijual di sini. Semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. Kalau korang beli banyak, korang akan dapat diskaun tau! Memang sangat best!!

So, kepada korang yang masih tercari-cari kedai bundle kasut yang best dan berpatutan, sila lah merajinkan diri korang untuk pergi ke HA Bundle di Port Dickson ini? Otomen pasti sekali korang datang, mesti korang akan datang lagi. Hehehehe

Maklumat lanjut tentang lokasi HA Bundle, boleh terus ke:-

Alamat: PEMBORONG/PEMBEKAL/PENGEDAR KASUT ORIGINAL BERJENAMA
KEDAI MARA BATU 4, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Facebook: HA Bundle

Nota Kaki: Tak semestinya layan bundle ni selekeh atau takde duit…bundle ni RARE weh…pandai-pandai la korang pilih serta mix & match, pasti korang nampak lain dari yang lain!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: