Meet & Greet Dhany KataHati

Otomen dapat rasakan masih ramai lagi yang belum kenal dengan penyanyi bersuara husky yang unik dan hebat untuk OST Short Filem True Love ini. Beliau yang dikenali dengan Dhany KataHati yang berasal dari Indonesia tampil di Indigital Music Sdn Bhd untuk satu sesi Meet & Greet bersama blogger pada 04 Julai 2017 yang lalu.

Selain itu, turut bersama Dhany adalah Arie KataHati yang mana merupakan Muzik Director bagi kumpulan KataHati. Arie juga pernah memenangi Anugerah Komposer Terbaik bagi lagu “Bilang Saja” yang telah dinyanyikan oleh Agnes Monica.

Siapa Dhany KataHati?

Nama sebenar Dhany ialah Ramdani Surya Atmadga. Berasal dari Bogor, Indonesia. Lebih dikenali dengan Dhany KataHati kerana beliau telah bersama dengan Kumpulan Muzik KataHati sejak tahun 2014.

Menurut Dhany lagi, beliau sudah pun punyai 4 buah lagu termasuk lagu terbarunya True Love. Antaranya yang lain adalah Takkan Pernah Jauh, Menghilang Saja dan Wahai Kekasih. Lagu “Wahai Kekasih” pernah menjadi lagu OST Drama Suri Hati Mr Pilot yang ditayangkan di Astro Ria suatu ketika dulu.

Katanya lagi lagu beliau yang bertajuk True Love akan tercalon dalam Muzik-Muzik pada tahun ini dibawah naungan Indigital Sdn Bhd. Lagu True Love juga menjadi lagu tema untuk OST Naelofar Hijab Raya Campaign 2017 – #NHTrueLove yang mana Neelofa sendiri sebagai Executive Producer dan Pelakon dalam OST Short Filem tersebut. Jom kita layan sekejap official video Neelofa yang mendendangkan lagu True Love nyanyian Dhany KataHati ini.

Klik gambar untuk tonton hebat

Apa macam??? Power kan… OST Filem Pendek ini menampilkan Neelofa dan pelakon Indonesia iaitu Miller Khan. Lagu dalam OST Kempen Raya Naelofar Hijab 2017 ini dihasilkan oleh sentuhan-sentuhan hebat seperti Aizat Amdan dan Mel Ramlan. Dari situ, pihak Indigital Sdn Bhd telah mengedarkan lagu True Love ini kepada semua untuk tontonan umum.

Otomen berkesempatan bergambar dengan Dhany KataHati sendiri semasa Meet & Greet Dhany KataHati di office Indigital Sdn Bhd pada 04 Julai lalu. Kemunculan Dhany menjadi tanda tanya dan keterujaan otomen untuk terus mengenalinya. Paling best dan rare dapat dengar Dhany nyanyi secara LIVE. Suara Dhany yang memang unik dan mantap memang memukau para pendengar. Siap ramai yang suruh repeat nyanyi semula.

Bukan setakat itu sahaja, kehadiran otomen juga diberi cenderahati berupa album dari Dayang Nurfaizah. Yeay!!! Best giler… Seronok sangat dapat jumpa Dhany KataHati dan Arie KataHati.  Siap dapat album Dayang free lagi taw.. Hehehe

Jangan lupa dapatkan album Dayang di pasaran ye!

Betapa happy nye otomen dengan cenderahati dari pihak Indigital Sdn Bhd ni…

Seperti kebiasaannya, otomen dan trademark tidak dapat dipisahkan. Di akhir setiap kisah otomen pasti akan ada gambar bersama dengan mana-mana artis diikuti trademark Otomen Taro. Hehehe… Baru RARE kan!

Bersama Dhany dan Arie KataHati

Bersama rakan-rakan blogger yang hadir pada malam itu

Terima kasih otomen ucapkan kepada pihak Indigital Sdn Bhd kerana sudi memberi peluang yang sangat bermakna ini! Dapatkan yang original taw! Hehe

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s