Program Rakaman Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana Otomen diberi peluang dalam menghadiri satu majlis Program Rakaman Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN yang berlangsung pada petang Selasa, 11 Julai 2017. Program bual bicara ini telah disampaikan oleh Yang Bahagia Tan Sri Dr. Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan juga selebriti jemputan terkemuka, Afdlin Shauki yang bermula jam 5.00 petang bertempat di Studio ABS TV AL-Hijrah, Cyberjaya, Selangor.

Program Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN

Intipati Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN

Intipati Bual Bicara ini adalah menyuntik kefahaman dan semangat belia dalam mengharungi kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini. Bagaimana seorang belia boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburinya dengan usaha gigih dan semangat kental mengharungi cabaran.

#ONLYONEWITHIRWAN menyaksikan di mana Tan Sri Dr. Irwan sebagai hos rancangan dan Afdlin Shauki sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau telah berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.

Leadership Talk Oleh Afdlin Shauki

Siapa tidak kenal akan selebriti terkenal yang juga pelakon, pengarah dan penghibur masyarakat, Afdlin Shauki ini. Afdlin memulakan perbicaraannya dengan berkongsi jurnal kehidupan dan cabaran perjalanan kejayaan beliau dalam menempuh liku-liku untuk berjaya. Ia merupakan satu input perkongsian yang memberi inspirasi kepada semua yang hadir.

Selain itu, antara pandangan yang disampaikan adalah berkaitan dengan prinsip kerjaya. Menurut Afdlin, “Usaha Tangga Kejayaan“. Berusaha selagi mampu walau orang luar memandang rendah akan kebolehan kita. Susah macam mana pun kita ketika ini, usahalah untuk mencapai apa yang kita hajati. Usaha keras memberi 1001 pengalaman kepada kita untuk lebih bersedia dan memikirkan cara yang lebih bijak dalam menangani pelbagai masalah dan cabaran.

Afdlin Shauki juga turut menyatakan dan berkongsi bagaimana beliau mengharungi cabaran dengan dunia luar yang sedang bergolak. Dari situ, beliau berpendapat bahawa untuk lebih maju ke hadapan, perlu melihat dunia luar yang lebih susah dari kita. Jerih perih masyarakat luar yang sedaya upaya berusaha untuk kehidupan yang baik. Hasil perkara yang kita lakukan lebih memberi kesan dari sekadar hanya berkata-kata sahaja.

Program Bual Bicara #ONLYONEWITHIRWAN bersama tetamu jemputan, Afdlin Shauki sememangnya memberi input yang sangat bernilai. Bukan sekadar menjadi tauladan dan inspirasi kejayaan, malah diselitkan juga lawak agar para hadirin yang hadir tidak bosan. Cabaran dalam pembangunan kerjaya masa kini memang sangat mencabar dan perlukan pemahaman dan skill dari orang-orang berpengalaman untuk menerajui trend industri di masa akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s