Tonton Teater Dendam Maharani di Kuala Lumpur

Leave a comment

14/07/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog travel dan lifestyle otomen taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian. Buat julung kalinya pada tahun ini otomen menonton pementasan teater di panggung Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peluang yang tidak patut disia-siakan. Terima kasih otomen ucapkan pada Bro Framestone dalam kesudian memberi jemputan yang amat bermakna ini pada otomen.

Pementasan teater ini merupakan teater dari anak-anak muda pelajar Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak. Pementasan teater pada malam itu berjudul “Dendam Maharani“.

Teater Dendam Maharani Karya Dr. Shark

Dek kerana ini adalah yang pertama kali otomen pergi menonton pementasan teater, jadinya otomen pun belum kenal di antara mereka semua. Seperti yang diberitahu, Teater Dendam Maharani dan teater-teater sebelum ini adalah karya dan skrip Dr. Shark, pensyarah mereka di Perak.

Sinopsis Teater Dendam Maharani

Dendam Maharani bertemakan teater bangsawan dan berlatar belakangkan suasana istana. Teater ini berkisahkan Cinta Tiga Segi yang juga diselangselikan dengan adegan politik istana serta muslihat si Maharani untuk membalas dendamnya.

Difahamkan ia merupakan prequel daripada Teater “Istidraj Maharaja Beruk” yang mana otomen sendiri tidak berkesempatan menontonnya. Menceritakan di mana seorang Maharaja telah mengahwini seorang gadis kampung, Mawar demi untuk mendapatkan zuriat kerana Maharani tidak boleh memberikan zuriat kepadanya.

Hal itu telah mencetuskan dendam di hati Maharani. Maharani sedaya upaya membuat perancangan yang jahat untuk madunya, Mawar. Apakah yang akan terjadi kepada Mawar? (Sumber: My Wife, LeYa)

BARISAN PELAKON

Jasmin Sun – Maharani

Aizuddin Rosli – Maharaja

Awin Nisa – Mawar

Afiq Ammar – Memanda

Shahairol Fitri – Datuk Bendahara

Hidayah Kamarudin – Inang

Wanab Fairuz, Husna Rosdi, Narissa – Dayang

Nasuha Sofwani – Timah

Faiz Safwan – Omar

Nur Elmi – Mak Kiah

Adam Daniel – Nujum

Affi Syahfizal – Leman

Sedikit sketsa dari slot pementasan teater

Juga terdapat tarian dan nyanyian dalam teater bagi kelihatan lebih menghiburkan para penonton

Dendam Maharani sudah kembali…

Barisan pelakon-pelakon yang hebat

Trademark Otomen Taro sudah semakin berleluasa…Hahahaha…

Lakonan mantap dan hebat dari pelajar-pelajar UTP. Otomen sendiri teruja dan terhibur dengan pementasan teater mantap mereka ini. Bagi yang taknak lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan teater yang akan datang, boleh lah layari maklumat di bawah ini:-

Official Instagram:
Official FB Page:
Official Twitter:
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: