Yes Academy Realisasikan Impian Pelajar & Sambutan Hari Raya Bersama Blogger

1

24/07/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Sejak tahun 1997 lagi, Yes Academy sudah mula menapak dan menjadi peneraju dalam pembangunan bidang pengajian tinggi di Malaysia. Menekankan inovasi dan transformasi dalam bidang pendidikan, Yes Academy sentiasa membawa perubahan dan penambahbaikan kepada generasi muda akan datang. Para pelajar dilengkapkan dengan persediaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk membantu mereka mengisi jangkaan industri atau sambung pembelajaran ke overseas tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Otomen bersama CEO Yes Academy, Mr. Wyatt Yap

Kepentingan Ilmu adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan di YES Academy

Akur dengan kepentingan ilmu pada masa kini, para pelajar perlu memiliki kemahiran untuk menyerlahkan keistimewaan dan bakat mereka. Di Yes Academy, pelajar boleh mencapai impian mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa perlu memikirkan kos kewangan yang tinggi semasa melanjutkan pelajaran di sana. Ini kerana Yes Academy sedia membantu untuk pelajar mencapai cita-cita dalam bidang kerjaya mereka masing-masing.

Inisiatif dan perubahan yang unik ini bertujuan bagi mengajak lebih ramai generasi muda belajar dan mencipta inovasi dan perubahan diri untuk menghasilkan impak yang sangat baik. Inisiatif ini disokong oleh ibu bapa dan pemimpin negara untuk memainkan peranan penting dalam industri kepada pelajar yang menyertai pembelajaran di sini. Mereka berpeluang meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran soft skill semasa berada di negara orang.

Latar Belakang YES Academy

Seperti yang otomen nyatakan pada permulaan ayat, Yes Academy ditubuhkan sejak tahun 1997 lagi. Ia meliputi program pembelajaran sepenuh masa kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang dalam ekonomi dan gaya hidup mereka. Yes Academy sebelum ini dikenali sebagai Baruvi Academy yang telah ditubuhkan sejak tahun 1997. Pada tahun 2007, kolej tersebut telah ditukar nama kepada Yes Academy.

Yes Academy adalah berdasarkan philosophy of creating work-ready graduates. Yes Academy juga bekerjasama dengan iBosses Global Platform dalam mencapai kejayaan mereka seterusnya.

Yes Academy memupuk semangat interaksi antara satu sama lain dengan lebih dekat di antara kedua-dua professional akademik dan industri untuk sama-sama mengambil kursus professional ACCA bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman.

Yes Academy adalah sebuah institusi:

* Kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE/KPT)
* Skill-based Centre di bawah Kementerian Pelajaran (MOE/KPM)
* HRDF Approve Centre di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
* Kolej yang diluluskan dengan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa-di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA)

Pengurusan Tertinggi Yes Academy:-

Pengerusi: Dr. Patric Khor
Ketua Eksekutif: Encik Wyatt Yap
Pengarah Akademik: Encik Joe Fang
Ketua Pegawai Operasi: Rosniza binti Abdul Rahim

Visi Yes Academy

Mencipta kesan sinergistik kedua-dua pengetahuan dan keusahawanan; kunci kepada peluang tanpa kejelasan.

Misi Yes Academy

  • Kami berusaha untuk menyediakan platform pembelajaran yang inspiratif dengan mengintegrasikan pengetahuan akademi dan pengetahuan keusahawanan
  • Kami menerapkan komitmen kami dalam pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat untuk mengasah individu yang kompeten dan yakin untuk cemerlang dalam kehidupan
  • Kami percaya untuk melepaskan potensi sebenar individu dengan menghubungkan minda kreatif dengan dunia kemungkinan
  • Kami percaya untuk membuat perbezaan dalam ciri dengan membuat perbezaan bermakna dalam cara kami menyampaikan pengetahuan dan kemahiran sebenar.

 

Slogan Yes Academy

“Connectiong Minds, Creating Oppurtunities”

Program Offered – Courses Acredited by MOA – MOHE/MOE/MOHR

1.  Diploma in Graphic Design (2 1/2 years)

2.  Diploma in Business Management (2 1/2 years)

3.  Certificate in Intensive English ( 1 1/2 years)

4.  Diploma in Information Technology (2 1/2 years)

5.  ACCA Programme (3 years)

6.  Bridal Makeup (4-6 months)

7.  International Media Makup (1 1/2 years)

8.  International Photography (1 1/2 years)

9.  Data Analytics;Information Security

10. Digital Mktg, Software Testing Tools

Sambutan Majlis Hari Raya YES Academy bersama Blogger

Yes Academy juga turut meraikan sambutan hari raya bersama blogger pada 15 Julai 2017 di Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng. Sambutan ini diadakan untuk memperkenalkan lagi lebih dekat tentang bidang pembelajaran yang diterajui di Yes Academy. Yes Academy telah berganding bahu dengan rakan-rakan blogger untuk menjayakan usaha tersebut.

Jika ada di kalangan anda yang berminat untuk melanjutkan pelajarandi Yes Academy, bolehlah layari maklumat seperti di bawah:-

Website | http://www.yes.edu.my/

Facebook | http://www.facebook.com/yesacademy

Instagram | http://www.instagram.com/yesacademy

Contact No. | +603 – 2710 0180

Email | enquiry@yes.edu.my

Alamat

YES Academy Sdn Bhd

C-0-5, Block C,

Megan Avenue II,

Jalan Yap Kwan Seng,

50450 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Advertisements

One thought on “Yes Academy Realisasikan Impian Pelajar & Sambutan Hari Raya Bersama Blogger

  1. Cik Lisa says:

    Salam,

    Saja blogwalking dok tengok blogger yang datang haritu. Sebab masa haritu limited so tak sempat nak borak panjang.

    Salam perkenalan. Nanti saya singgah lagi! 🤗

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: