Warna Warni Aidilfitri MOTAC dan Pelantikan Upin Ipin Sebagai Duta Pelancongan Malaysia

Sekalung tahniah diucapkan kepada Les’ Copaque Production atas 2 watak animasi nombor satu negara, Upin dan Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Otomen sekali lagi berpeluang ke Saloma Bistro Theatre, Kuala Lumpur untuk merasai kemeriahan majlis pelancaran Upin & Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia di samping Majlis Warna-Warni Aidilfitri MOTAC 2017 pada 20 Julai yang lalu.

Maskot Upin & Ipin tampil di dalam dewan Saloma Bistro dengan berbaju melayu sambil diiringi oleh pasukan kompang mendendangkan lagu tema Upin & Ipin. Sambil perlahan-lahan menari mengikuti irama lagu, maskot Upin & Ipin diarak menaiki pentas utama. Majlis pelantikan disempurnakan YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan).

Duta Pelancongan Malaysia

Seperti yang kita maklum, watak animasi Upin & Ipin bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Indonesia, Brunei bahkan juga Filipina. Jadi, tidak hairanlah jika Upin & Ipin menjadi Duta Pelancongan Malaysia seiring dengan kepopularan mereka ini. Siri animasi Upin & Ipin ini sangat menarik perhatian semua di mana mesej-mesej yang disampaikan berunsur nasihat dan menggalakkan ikatan perpaduan dan saling hormat menghormati. Siri animasi Upin & Ipin ini berjaya menggabungkan pelbagai budaya dan bangsa dalam bentuk penceritaan yang sangat menghiburkan.

Otomen Taro Jadi Model Di Warna-Warni Aidilfitri MOTAC 2017

Di kesempatan majlis pada hari itu, Otomen telah pun membuat onar dengan merakam detik-detik gambar menarik sebagai model di majlis hari raya. Hehehe… Sengaja otomen bergambar ala-ala model untuk dimuatnaik di laman blog otomen sebagai satu kelainan penceritaan otomen kali ini.

Biar gempak sikit kan!

Hahaha…

Untuk maklumat lanjut mengenai Majlis gilang gemilang Warna-Warni Aidilfitri dan Pelantikan Upin Ipin sebagai Duta Pelancongan Malaysia MOTAC boleh layari laman facebook http://www.facebook.com/mymotac.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s