Sepetang Di Garden City Melaka Service Apartment

Leave a comment

28/07/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Asyik sibuk sahaja mempromosikan negeri lain berbanding tanah tumpah sendiri. Akhirnya, pada minggu lalu, Otomen berkesempatan juga bercuti di Melaka bersama keluarga dan berpeluang untuk bermalam di hotel bertaraf empat bintang di Melaka iaitu Garden City Melaka Service Apartment.

Memang otomen rasa seronok kali ini. Mungkin kerana bercuti bersama keluarga. Dapat menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Masuk sahaja di perkarangan apartment, otomen dapat perhatikan suasana yang nyaman dikelilingi pokok-pokok menghijau.

Untuk pengetahuan korang, Garden City Melaka Service Apartment ni terletak betul-betul di Bandar Melaka, berdekatan dengan bangunan baru Hatten City. Lokasi yang cukup strategik untuk korang melawat Bandar Melaka dan makan ikan bakar di Muara Sg Duyong.

Garden City Melaka Service Apartment menyediakan ruang rumah yang selesa, dua buah kolam renang terbuka untuk korang bermandi-manda bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan juga taman permainan kanak-kanak. Selain dari kemudahan-kemudahan tersebut, Kondominium bertaraf 4 bintang ini juga ada menyediakan tempat letak kenderaan PERCUMA dan akses Wifi PERCUMA di semua kawasan kondominium.

Garden City Melaka Service Apartment mewah dihias oleh pemilik masing-masing dengan lantai berjubin elegan. Bilik-bilik mereka juga selesa berhawa dingin dan mempunyai TV Plasma satelit, ruang duduk yang selesa dan kemudahan seterika. Cerek elektrik dan bar mini di dapur juga ada disediakan. Perkhidmatan dobi juga ada disediakan. Para tetamu yang hadir boleh mengatur aktiviti bersiar-siar dengan seronoknya.

Walaupun percutian otomen dan keluarga ke sini hanya semalam, namun ianya cukup bermakna buat otomen yang sudah lama tidak pergi merehatkan badan dan minda. Terima kasih juga otomen ucapkan kepada warga Garden City Melaka Service Apartment. Inshaa Allah, otomen tidak akan menyesal untuk datang bertandang lagi ke sini pad masa akan datang.

Bagi korang yang datang ke Melaka dan tidak tahu untuk bermalam di mana, tak rugi jika kiranya korang pilih untuk bermalam di Garden City Melaka Service Apartment ini.

Garden City Melaka Service Apartment

Suite 1, Penthouse
Bangunan Draland,
No.9, Jalan Merdeka,
75000 Melaka,
Malaysia.

Untuk tempahan & pertanyaan:

T: 606-2836 576/7
F: 606-2848 550

Email: myinquiry@gardencity.com.my

Website

http://www.gardencity.com.my/

GPS Koordinat: N02.18575 E102.26333

 

Jom Rebut Promo Pakej Penerbangan Ke Indonesia & Diskaun Hotel Dari 45%. Jimat Betul Ni!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: