Mee Goreng Ketam Port Dickson

Leave a comment

01/08/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Port Dickson bukanlah satu lokasi untuk percutian tempatan atau percutian hujung minggu. Kebanyakan yang datang melawat Port Dickson adalah untuk melakukan aktiviti pantai dan sukan air. Selain daripada aktiviti pantai, satu lagi perkara yang korang boleh buat adalah dengan mencuba masakan Mee Goreng Ketam dan Maggi Ketam di pantai Port Dickson di Batu 3 bersebelahan dengan Medan Selera Bagan Pinang.

Korang cuba bayangkan makan ketam yang segar dari laut dan ditemani suasana indah pantai, pasti membuatkan korang akan teringat-ingat momen indah ini.

Ini kerana cafe ini menyediakan Mee Ketam dan Maggi Ketam yang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang terhidu bau kuahnya. Ia juga hanya menyajikan bahan segar dan berkualiti kepada pengunjung bagi memenuhi selera peminat tegar ketam.

Melihatkan sahaja penyediaan Mee Goreng Ketam yang dipesan otomen kemudian dihidangkan ketika masih panas, ditambah lagi dengan aroma yang menusuk ke hidung, pastinya membuatkan korang teruja dan tidak sabar untuk menikmatinya.

Bukan setakat itu sahaja. Kelibat seekor ketam besar dalam sajian itu membuatkan korang semakin ghairah untuk menikmatinya.

Kedinginan angin dan keindahan suasana pantai ditambah lagi panorama matahari terbenam (sunset) menambahkan lagi selera untuk menikmati Mee Ketam dengan seronoknya.

Keistimewaan itu sebenarnya terletak pada ramuan yang dimasak sendiri oleh pemilik dan isterinya.

Setiap hidangan yang disediakan hanya disiapkan dalam tempoh lima minit. Jadi, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

Menurut pemilik kedai lagi, harga tersebut bergantung pada saiz ketam kerana kadang kala ketam besar tidak dapat diperoleh dari peraih yang menjaring di laut. Jadinya, harga untuk sepinggan Mee Ketam dan Maggi Ketam adalah sekitar RM8 – RM10. Memang berbaloi dan murah kan! Rugi pada yang tak mencubanya lagi.

Selain itu, pemilik juga berkata dia sangat menitikberatkan kepuasan pelanggan dan sehingga kini perniagaan kedai makannya walaupun kecil-kecilan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Inshaa Allah, harga yang dibayar pelanggan sangat berbaloi dengan kemanisan dan kepadatan isi ketam yang segar dari laut Port Dickson sendiri.

Dibuka pada setiap hari bermula jam 5.00petang. Lokasi di Pantai Batu 3 Port Dickson, bersebelahan Medan Selera Bagan Pinang dan berdekatan dengan Masjid Kg Bagan Pinang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: