Single Terbaru Kumpulan LELA Kembali

Leave a comment

02/08/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Anda masih ingat dengan kumpulan / band LELA yang mana suatu ketika dahulu pernah meletop dengan lagu Bidadari dan Sampai Bila di era 90-an?

Kali ini LELA kembali lagi dengan LELA 2017 iaitu generasi ke-3 yang akan membuatkan para peminatnya tertunggu-tunggu hasil karyanya yang menyanyikan muzik berentak slow rock.

Kali ini lebih special kerana LELA akan tampil dengan warna yang sedikit berbeza tetapi masih dengan gaya lagu yang pernah popular sebelum ini. LELA 2017 ini menampilkan vokalis baru mereka yang berasal dari Indonesia iaitu Hengky Hepon.

Hengky adalah penyanyi baru dari Indonesia dengan lagunya bergenre SlowRock Melayu, di mana sebelum beliau bergabung dengan LELA, Hengky dikenali dengan lagunya “Aku Bukan Untukmu” hasil karya ZUL2By2 dan Muslie.

LELA menampilkan single terbarunya yang berjudul “Dalam Diam” yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Din Omar yang merupakan Bassist kumpulan LELA bersetuju mengambil Hengky sebagai vokalis setelah mendengar lagunya Aku Bukan Untukmu itu. Menerusi pelantikan ahli baru, Hengky sebagai vokalis memberi 1001 ilham untuk mereka kembali menggegarkan dunia muzik slow rock di Malaysia.

Ahli lain yang masih kekal dengan LELA adalah Lutfi selaku Guitarist, Lan a.k.a Lan Todak sebagai Drummer dan Apek sebagai Keyboardrist. Kelima-lima mereka ini bergabung tenaga untuk menghasilkan karya “Dalam Diam” buat peminat-peminatnya yang menunggu kemunculan lagu terbaru.

Yang berkaca mata itu boleh tahan hebat nya….. mungkin ada yang kenal dan ada juga yang tidak kenal….heehehhe…so…boleh la kenal beliau dengan sebutan E-One.

Harapan dari kumpulan LELA sendiri berharap agar LELA 2017 di terima oleh dua buah negara, Malaysia dan Indonesia dalam genre muzik slow rock.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: