Rozita Rohaizad di Silatuhrahmi Keroncong Nusantara

Penyanyi Malaysia, Rozita Rohaizad – mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Penyanyi yang berdarah anak Jawa, Arab dan Cina ini diundang untuk membuat persembahan di Silaturahmi Keroncong Nusantara pada 23 Julai 2017 di Solo, Indonesia.

Rozita yang berkebolehan dalam apa jua nyanyian diundang untuk menyanyikan lagu keroncong. Mengambil peluang yang ada sebagai cabaran buat dirinya.

Solo adalah sebuah kota keroncong di Indonesia. Bagi peminat-peminat tegar dengan genre keroncong ini telah pun membina satu komuniti yang ramai dari kalangan anak muda dan golongan berusia untuk lebih memeriahkan majlis di sekitar HAMKRI (Himpunan Artis Muzik Keroncong Republik Indonesia). Ada puluhan seniman keroncong dari masyarakat Indonesia dan Malaysia yang hadir ke sana.

Acara Silatuhrami Keroncong Nusantara 2017 di Solo ini merupakan persembahan kedua Rozita di Indonesia di mana di sini juga merupakan tempat kelahiran nenek moyangnya.

Pada tahun 2015, Rozita pernah membuat persembahan di Pesta Jazz Utara ke-5 di Medan. Beliau turut dibantu oleh pemuzik Malaysia yang hebat diketuai oleh Razak Rahman. Dan, penglibatan mereka itu memberi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah disiarkan dalam akhbar Indonesia. Hari ini, Rozita merasakan satu pencapaian yang memuaskan untuk menjadi wakil Malaysia dengan turut diiringi Orkestra Keroncong dari Indonesia iaitu Orkes Iblis (Indonesia Bersama Leluhur Indonesia Sukses) yang juga melancarkan 6 orang pemuzik keroncong professional Jawa diketuai oleh saudara Tri Raharjo.

Menurut Rozita lagi, ini adalah satu penghormatan hebat apabila beliau terlihat gambar dan nama beliau terpampang di sepanduk dan poster yang bertempat di Taman Budaya dan Taman Hiburan Taman Sri Wedari, Solo. Tempat menarik ini menjadi lokasi daya tarikan pelancongan yang menjadikan pertunjukkan etnik tradisional Indonesia seperti Wayang Orang iaitu Ramayana Theatre, Wayang Kulit dan banyak lagi. Pelbagai lagu Indonesia yang berwarna-warni serta tarikan persembahan tarian selain muzik keroncong boleh anda dapati di mana sahaja ketika berada di sini.

Pada malam persembahan Rozita Rohaizad telah menyaksikan beliau dengan penyampaian dua buah lagu secara tenang dan gembira melayan penonton-penonton yang hadir duduk bersila tidak jauh dari beliau. Ini menjadikan pengalaman pertama beliau dalam berhadapan dengan situasi penonton duduk dengan jarak yang dekat di hadapan pentas. Menurut Rozita lagi “Seperti seorang Puteri Jawa turun dari kayangan menceritakan sebuah kisah kepada rakyat jelata.”

Lol! Yeah!!! Perasaan yang tidak dapat digambarkan Rozita ketika itu.

Lagu pertama Rozita berjudul Alunan Biola mendapat jeritan yang sangat menggalakkan untuk beliau meneruskan lagi ke nyanyian seterusnya. Ini membuatkan Rozita lebih bersemangat tinggi untuk meyakinkan Madah Pujangga dan nyanyian lagu asli ibu saudaranya, Puan Sri Saloma bahawa Orkes Iblis telah mengatur baik buatnya malam itu. Buat julung kalinya, peminat keroncong Indonesia diperdengarkan lagu asli Madah Pujangga dikeroncongkan dan menyebabkan mereka terus memuji nyanyian Rozita. Ternyata ramai menyukainya dengan tepukan yang gemuruh dan memberikan kegembiraan dalam hati Rozita. Bukan setakat itu sahaja! Sebuah kumpulan keroncong kreatif dan progresif, Midaleudami dari Bandung juga telah memberi pujian dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama di masa hadapan.

Rozita juga ada memberitahu bukan beliau sahaja satu-satunya wakil dari Malaysia. Bahkan terdapat juga kumpulan keroncong gadis dari SMK Sultan Ibrahim dan para belia dari Orkes Maktab Sabah. Mereka semua telah menyampaikan lagu keroncong konvensional Malaysia dan Indonesia. Selain itu, mereka juga diwakili oleh artis terkenal, En. Maamor Jantan dan isterinya, Dilla Ahmad yang mendendangkan lagu duet popular.

Di akhir majlis pada petang itu, Presiden HAMKRI mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rozita kerana telah menunjukkan kejayaan acara kolaboratif pertama antara Indonesia dan Malaysia. Dan, ia akan berlanjutan tidak lama lagi bagi memasukkan negara-negara jiran Asia yang lain seperti Singapura dan Brunei.

Hidup keroncong melalui Silaturahmi Keroncong Nusantara merupakan tema untuk memupuk kestabilan dan saling persefahaman serta persahabatan di antara kita semua. Muzik boleh membawa kita bersama walaupun ada sesetengah lagu akan timbul isu pemilikkan dipolitikkan. Wlaau bagaimanapun, Silatuhrahmi Keroncong Nusantara yang pertama ini memberikan harapan kepada semua bahawa keroncong sedang dinaikkan semula agar kaum muda lebih menghargai dan akan tetap menjadi warisan budaya kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s