D Aura Cafe | Pilihan Restoran Terbaik Untuk Setiap Pasangan

4

11/08/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Hari ini, semakin gah kafe-kafe di Malaysia dengan berkonsepkan ala hipster yang mewah dan sangat cantik. Pemilik kafe mula memainkan peranan dalam mencorak dan dekorasi kafe menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Pagi 05 Ogos yang lalu, Otomen sekali lagi berpeluang untuk merasai kenikmatan makanan dan kedamaian ketika berada di sebuah kafe yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan bersempena Hari Pelancaran D Aura Cafe. Tidak jauh dari rumah otomen, membuatkan ia akan menjadi destinasi yang dituju bilamana ingin membuat kejutan buat isteri tercinta.

D Aura Cafe, sebuah kafe muslim yang dimiliki sepenuhnya oleh En Salihin Jaffar dan isterinya, Pn Dina Abu Bakar. Difahahamkan D Aura Cafe ini ditubuhkan dari kesinambungan D Aura Spa yang dimiliki Pn Dina yang sudah beroperasi lebih dari 10 tahun.

D Aura Spa sudah pun punyai empat buah cawangan yang terletak di Seri Kembangan, Putrajaya, KLIA dan Johor Bahru. Kemudian, En Salihin menyatakan hasrat untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka dengan menubuhkan kafe pertamanya, D Aura Cafe yang baru sahaja mula beroperasi pada 01 Ogos 2017.

D Aura Cafe adalah sebuah kafe berkonsepkan romantik dan mewah yang menitikberatkan soal kecantikan dan kebersihan dekorasi kafe. Namun, di sebalik kemewahan dekorasi yang terserlah itu, korang pasti terkejut apabila mendapat tahu harga setiap menu makanan yang dihidangkan sangat murah dan berbaloi-baloi.

Zaman serba moden yang menggunakan kos perbelanjaan yang tinggi ini, En Salihin dan Pn Dina berjaya mengurangkan beban kepada pengunjung yang ingin datang makan di kafe mereka. Dengan hanya tidak sampai RM10, korang boleh nikmati hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang yang enak. Wow!! Murah kan! Otomen dah pun mencuba dan melihat sendiri harga yang dipaparkan. Memang sangat berbaloi kepada yang ingin membawa orang tersayang merasai makan di tempat mewah dengan harga yang murah.

Sebagai umat Islam, kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak lengkap kiranya jika kita tidak bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi. Di kesempatan majlis pelancaran D Aura Cafe, pemilik tidak lupa untuk membuat sedikit doa selamat tanda kesyukuran dengan apa yang telah diperolehi. Alhamdulillah, semoga perniagaan D Aura Cafe semakin maju dan berjaya.

Hidangan Menu Masakan Melayu D Aura Cafe

Malaysia dan masakan Melayu tradisional tidak dapat dipisahkan. Walaupun menu utama bagi kafe ini merupakan masakan ala barat, tetapi pemilik bijak mengetengahkan masakan Melayu kepad pengunjung. Rata-rata masyarakat Melayu hari ini masih ingin menikmati masakan Melayu tradisional kita. Bak kata pepatah, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”

Masakan Western yang menjadi menu utama di sini juga tidak kurang hebat dan rasanya. Otomen paling suka Lamb Shank nya yang berharga RM38. Oppss!! Dah nama makan kambing, memang itulah harganya kan. Tuh dikira murah la berbanding tempat lain yang mungkin mencecah RM70 – RM80.

Tidak lengkap kiranya tanpa pencuci mulut aneka kuih-muih dan bubur. Pergghhh…memang sangat sedap lah.. Otomen kekenyangan bila nikmati hidangan makan di sini.

Sebelum otomen terlupa, di majlis pelancaran itu juga, pemilik menghadiahi kami para pengunjung dengan 2 buah kek sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan dan Hari Kelahiran En Salihin yang jatuh pada 01 Ogos lalu. Menariknya, pemilik meraikan hari bersejarah itu sebagai memberitahu kepada semua yang mana D Aura Cafe juga menyediakan acara-acara besar-besaran seperti Wedding Anniversary, Candle Light Dinner, Birthday Event dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh:

Pakej Hari Lahir

  • Harga dikenakan RM25 untuk 30pax minimum.
  • Terdapat 10 pilihan menu hidangan yang disediakan.
  • Disediakan Live Band / Busking Band = Harga serendah RM500+

D Aura Cafe juga sangat sesuai untuk dilaksanakan majlis seperti reunion kerana ia boleh memuatkan sehingga 40-50 orang.

Korang tentu semakin teruja bilamana korang akan diberi penghargaan Goodies Bag berupa makanan ringan sebagai cenderahati dari pemilik setelah selesai menikmati hidangan di kafe tersebut. Wah!! Ini memang sangat unik. Dah banyak otomen pergi, inilah satu-satunya kafe yang memberi cenderahati kepada semua pengunjung selepas selesai makan di situ. Goodies Bag ni pula didatangkan khas dari Omelle Goodies dari Johor Bahru.

Maklumat lanjut berkenaan D Aura Cafe:-

Alamat |
D Aura Cafe (002676480-H)
C-6-G, Putra Walk, Jln PP25,
Taman Pinggiran Putra Sek2,
43300 Seri Kembangan,

Selangor.

Waktu Operasi | 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap Hari)

Facebook | https://www.facebook.com/dauracafe/
Instagram dauracafe@gmail.com

Email dauracafe@gmail.com
Telefon |
En Salihin Jaffar >> 012-6421095
Pn. Dina Abu Bakar >> 019-2700210
Advertisements

4 thoughts on “D Aura Cafe | Pilihan Restoran Terbaik Untuk Setiap Pasangan

  1. Diana says:

    Terliur tgk kuih2 Dan kek warns warning 😀

  2. Sarra Chin says:

    uhukkk cantik betui gambaq2.. teruja tgk gambaq sendiri hehehee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: