Raya Kasih & Cinta CSR Bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall

Kehidupan otomen kini 100% berubah bilamana otomen tidak lagi bekerja sebagai Quality Control di kilang. Saat otomen berpindah untuk duduk bersama isteri tersayang, LeYa, otomen kini menjadi seorang Blogger sepenuh masa yang mencari duit sesuap nasi hanya melalui media online.

Berbekalkan semangat kental dan tunjuk ajar kusifu dari isteri tercinta, otomen sedikit demi sedikit sudah tahu selok belok kerjaya sebagai seorang blogger. Di kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini, banyaklah tugasan-tugasan / kerja-kerja yang perlu otomen selesaikan.

Terbaharu pada 11 Jun 2017 lalu bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur, otomen diberi peluang untuk bersama-sama meraikan Majlis CSR dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera dengan Fattah Amin dan Nur Fazura.

Bilamana munculnya artis popular tanah air di sesuatu tempat, mulalah berpusu-pusu peminat untuk turut serta meraikannya bersama. Otomen sendiri banyak kali ditolak ketika mengambil gambar. Hahahaha… Adeh! Kesian otomen kan.

Program CSR ini bertemakan Raya Kasih & Cinta yang seiiring dengan drama “Hero Seorang Cinderella” yang menampilkan Fattah Amin dan Fazura sebagai Hero dan Heroinnya. Jadinya, Main Atrium Quill City Mall ditatahias bersempena tema yang dipilih.

Pelancaran Raya Kasih & Cinta

Bagi menyempurnakan lagi majlis, tidak lengkap kiranya tidak ada ucapan dan perasmian dari orang-orang besar Quill City Mall. Pelancaran program CSR pada kali ini telah dirasmikan oleh Dato ‘Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif,  Ng Chee Kheong, COO Kumpulan Syarikat Quill, Joseph Teo, Naib Presiden Pemasaran Quill City Mall serta Fattah Amin dan Nur Fazura. Turut diadakan juga di situ majlis menandatangani autograf oleh Fattah Amin dan Nur Fazura buat peminat-peminatnya yang bertuah mendapatkan Novel “Hero Seorang Cinderella”.

Kasih dan Cinta yang terjalin ini memberi 1001 makna kepada anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti Nurshaheera. Bagi mereka, ini adalah satu peluang mendapatkan pengalaman serta kasih sayang dan cinta dari seluruh masyarakat tentang nasib kurang baik mereka tanpa Ibu dan Ayah disisi. Sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri ini, Dato Ar’ Michael Ong juga berpendapat untuk memberi kegembiraan dan kasih sayang kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini mendapatkan pengalaman manis untuk diingat sampai bila-bila.

Jadinya, sekali lagi sebagai memberi tanda penghormatan yang mulia dan selayaknya dalam menyebarkan Kasih dan Cinta Raya, pihak Quill City Mall menyerahkan paket bantal hijau “Hero Seorang Cinderella” kepada anak-anak yatim ini dan juga kepada para pengunjung yang berjaya menjawab beberapa soalan dengan betul.

Kemudian, majlis diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti, di antaranya ialah anak-anak yatim dan para pengunjung yang hadir diminta untuk menulis ucapan di Love Locks untuk dikunci di kerangka kunci Love Locks di atas dan tepi pentas. Dek kerana otomen ada di situ, otomen juga telah terlibat membuat ucapan di atas Love Locks tersebut. Nak tahu apa yang otomen tulis?? Jeng3x… Biarlah Rahsia…. Hahahahaha

Seperti kebiasaan program CSR yang diadakan, pastinya anak-anak yatim ini akan diberi sumbangan berupa sedikit barang keperluan dalam beg goodies dan juga duit raya setiap seorang. Wah!!! Bestnye lah kan tengok mereka ni dapat duit raya. Kesian otomen… Takde pun yang nak sudi derma duit raya.. Hehehe

Berbuka Puasa di Restoran Aragan Yokocho

Selesai sahaja acara perasmian di pentas di Main Atrium, kami semua bergerak menuju ke sebuah restoran masakan Jepun, Restoran Aragan Yokocho. Hohoho… Favourite makanan LeYa lah ni.. Ekekeke… Okay… kat sini otomen dan semua yang hadir diberi menu 4 musim di mana ianya terdiri daripada Winter Set, Autumn Set, Summer Set dan juga Spring Set. Hidangan berbuka puasa otomen pada hari itu adalah menu dari Winter Set.

Di kesempatan berbaki 2 hari ini, yang mana masih belum membeli-belah untuk persiapan raya, bolehlah singgah dan bershopping di Quill City Mall untuk mendapatkan keperluan-keperluan penting serta koleksi pakaian dari artis-artis Prima Valet seperti Amy Search dan Shaheizy Sam, Elrah Exclusive, Altelia Amani, Nur Aishah, AEON, Gajah Duduk dan banyak lagi yang ada di sana sempena kempen Raya pada tahun ini.

Tidak lupa juga, Shop, Dine and Win Contest sedang dijalankan di Quill City Mall. Datang dan belanja untuk keperluan Raya serta berpeluang menjadi salah satu yang bertuah untuk memenangi hadiah mingguan seperti yang tertera di bawah:-

• Minggu 8 (5 Jun – 11 Jun 2017) – Dyson Tower Fan, Tefal Griller

• Minggu 9 (12 Jun – 18 Jun 2017) – Dyson Vacuum Cleaner, Happy Call Double Pan

• Minggu 10 (19 Jun – 25 Jun 2017) – Panasonic Washing Machine, Set Panggilan Seramik Selamat

• Minggu 11 (26 Jun – 2 Julai 2017) – Audio Audio YAMAHA, Blender Kaca Philips

• Minggu 12 (3 Julai – 9 Julai 2017) – TV LED 4K Smart Sony, iPhone 7 Plus 128 GB (Hadiah Utama)

Bersama Big Boss Restoran Aragan Yokocho

LeYa dan Otomen laa… Siapa lagi…

Jadi, otomen nak ajak korang-korang semua untuk turut serta bershopping lagi-lagi dah nak raya ni ke Quill City Mall bagi mendapatkan lebih banyak promosi yang ada di sana. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi seperti maklumat di bawah:-

Facebook :  quillcitymallkl

One thought on “Raya Kasih & Cinta CSR Bersama Fattah Amin dan Fazura di Quill City Mall

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.